Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Lelaki Tapi Mengaku Perempuan? - Fitrah Islam Tergadai.

Semakin hari semakin ramai golongan songsang ini muncul malah ada yang menjadi popular di media sosial Faceebok atau Instagram. Ada yang mengaku lelaki (pondan) dan ada yang masih menafikan jantina mereka yang sebenar walaupun sememangnya terbukti mereka sudahpun lari daripada fitrah seorang Islam. Masalah ini memang sudah ada mungkin sudah lama tetapi sejak akhir-akhir ini, mereka lebih berani munculkan diri dikhalayak ramai. Mengapa agaknya? Adakah kita sebagai orang awam seolah-olah menyukai mereka dan bersubahat dalam dosa mereka? Cuba tanya diri kita, siapa yang Follow Instagram mereka? Siapa yang Add Facebook mereka? Siapa yang Like Posting mereka? Ya, kita yang buat, remaja-remaja kita yang Follow malah Like. View dari kita yang membuatkan mereka popular dan menjadi seolah-olah ikon kepada golongan mereka sendiri. Kita yang menaikkan mereka tanpa kita sedar! Sebenarnya, jalan penyelesaiannya mungkin separuh ada pada kita. Ya, pengguna media sosial. Dan kita adalah hebat...

KENAPA DIPANGGIL TAUHID KONTEMPORARI?

            Dari apa yang saya pelajari dan faham, tauhid kontemporari adalah tauhid semasa iaitu serangan pemikiran yang melemahkan iman dan kurangnya keyakinan kita terhadap Allah. Ia juga boleh menyebabkan kita terjerumus kearah kesesatan.             Dalam kita mempelajari ilmu tauhid, fiqh dan tasauf, kita mestilah mempunyai tujuan. Belajar tauhid bukan sahaja tentang tuhan tetapi persepsi cara kita menganggap Allah sebagai tuhan dan hubungan dengan kehidupan iaitu kehidupan selepas mati (akhirat), dosa pahala dan banyak lagi. Apa yang penting adalah matlamat kita belajar ilmu tauhid adalah untuk mengelakkan syirik, kufur dan nifaq akidah. Tetapi tak semestinya dengan hanya belajar ilmu tauhid atau kenal Allah kita akan beriman kepada Allah. Sedangkan syaitan yang kenal Allah, kenal syurga neraka pun tidak beriman kepada Allah. Tujuan belajar ilmu fiqh dan tasauf ad...

Goyang Dua Jari - TikTok pengaruh ramai untuk tidak malu.

Tak perlu nak scroll penat-penat. Just click button explore dekat apps Instagram, terus zap-zap keluar. Tak kira lelaki perempuan memang banyak diupload tanpa rasa segan silu dah. Zaman sekarang benda yang tak betul banyak dibackup dan benda yang betul, selalu dikecam atau dibenci ramai. Seriously, TikTok mana salah, yang salahnya bila kita buat TikTok yang mendatangkan fitnah untuk diri kita. Follower dan likes semakin dipandang. Apa salahnya kita berfikir sedikit, gunakannya untuk ke Jalan Allah! WOW pahala memang berganda-ganda. Macam mana ye mendatangkan fitnah tu? Yaa, lagi-lagi seorang perempuan. Apabila seorang perempuan tu tidak menutup aurat dan menunjukkan tarian atau pergerakan yang tidak elok dipandang oleh seorang lelaki. Kebanyakannya remaja-remaja dan memang banyak komen yang tak senonoh diberikan pada si pembuat TikTok lagi-lagi apabila perempuan membuat tarian yang menggoda. Tak perlu berhenti untuk buat TikTok kerana TikTok tak salah, cuma berhentilah mengupload ...

Tolong jangan menganggap hidup aku sama dengan kau!

First sekali, maafkan saya jika penulisan saya akan mengguriskan hati sesiapa.  Saya tidak akn mengaibkan sesiapa,  insya-Allah. Bersyukurlah jika awak dilahirkan dalam keluarga yang alim, yang berilmu, yang warak, yang ada menyuruh awak solat dan tutup aurat. Satu hari nanti, awak akan berterima kasih kepada Allah kerana meletakkan awak dalam suasana macam tu. Awak tak perlu tahan malu,  tahan sabar kalau ada yang mengejek awak tentang pakaian tutup aurat awak. Awak tak perlu struggle untuk solat sunat atau bangun qiamulail sebab keluarga awak dah biasa.  Awak tak perlu risau apa kata saudara awak, sebab pemakaian dan pemikiran mereka sama dengan awak. Awak patut bersyukur. Aku seorang perempuan. Perempuan jenis yang kurang baik tapi berhajat nak jadi perempuan yang baik. Walau ada kadang-kadang ada saja orang jugde aku melalui perwatakan aku dan banyak lagi lah. Persekitaran hidup aku tak mudah macam orang lain nampak, background family aku ni ada yang free hair...

Pedih Ulu Hati di pagi raya 🔥 - Jaga diri dari melakukan kesilapan di hari raya.

Benda yang selalu kita lupa di pagi raya, lagi-lagi perempuan. Yes! Aurat. Lihatlah baju raya sekarang, harga beratus mcm kalis api neraka, tapi fuhh sendat dah mcm pocong pakai kain kapan. Dimana malu kita wahai perempuan wahai muslimah wahai cantiks sekalian? Admin pernah terbaca, perempuan ni jadilah seperti makanan yang ditutup bersih,  supaya bila orang nak beli, diorang beli yang tertutup lagi bersih, bukan yang terbuka, yang orang ramai boleh tengok. Hmm last-last yang tu paling cepat rosak sebab terdedah kan. Kebanyakan dari kita dah belajar dah tahu batasan aurat tapi nafsu sendiri nak cantik nak famous nak glamor dengan cara menunjukkan perhiasan yang kita ada sebenarnya hanya untuk suami kita, tapi sudah ditayang free-free kepada umum. Kita sanggup pakai bengkung dan tak makan hanya utk nampak cantik dlm pakaian yang tak patuh syariah. Kita sanggup biarkan badan kita seolah-olah tidak bernafas hanya untuk sebuah kecantikan dunia semata-mata. Alangkah sedihnya hati kit...

Hilang di mata, ada di hati - Kasih seorang Ibu hingga ke Syurga.

Sempena hari nuzul Quran yang lepas, admin nak kongsi sikit kerinduan admin untuk arwah ibu admin ya. Alhamdulillah, tahun ini ke 11 admin dan sekeluarga kehilangan seorang Ibu tapi Alhamdulillah Allah beri ibu yang lain, bukan ganti tp orang yang baru kerana Kasih Ibu Tiada Gantinya. Setiap pagi admin akan cium pipi kanan kiri, dahi, dagu dan bibir arwah sebelum ke sekolah dan "mama, sayang adik tak?", arwah jawab "sayanggg" 🙂 Tak pernah terfikir, seawal umur 11 tahun dah hilang nikmat seorang ibu. Arwah sgt garang sehingga admin terfikir kenapalah mak aku garang sgt tak mcm ibu orang lain penyayang baik semua lah, em admin tak bersyukur masa tu kan? Jangan pernah merungut mcm mana cara ibu kita, mereka pun seorang manusia biasa, selalu buat silap. Yang paling tak boleh lupa, admin rindu masakan dia dan takkan boleh rasa dah, "Kari Kepala Ikan". How i miss that lauk yang dah lama admin tak makan. Bila dah takde, baru nak terhegeh-hegeh rindu...

Diari Ramadhan Orang Beriman!

Asyik-asyik rindu diari ramadhan rafiq je, bila kita nak rindu dan nak ubah diari ramadhan kita ye?  🤔🤔 Contohnya saya, dah 22 tahun, means dah nak masuk 22 kali saya menjalani bulan ramadhan ini. Sama jugak kalian, semua pembaca! Bagaimana ye ramadhan kita kali ini? Adakah sama dengan lepas-lepas? Adakah semakin kurang baik atau semakin baik? Tepuk dada tanya iman. Hanya kita dan Allah je tahu. Bila ramadhan je, ramai sibuk untuk hias rumah hias diri sendiri, tapi tak semua orang sibuk hias kolbu sendiri. Semakin ramai hanya lihat baik dan cantik itu pada luaran sahaja dan terus lupa dan tolak hal yang berkaitan kolbu ataupun rohani.  Elakkan jadikan ramadhan ini adalah bulan untuk memilih baju raya memilih langsir raya, pinggan mangkuk raya sehingga lupa untuk biarkan hati kita amalan kita akhirat kita jugak nak beraya, yes! Beraya daripada nafsu kita sendiri, beraya dari tabiat kurang baik kita, means merdekakan diri kita daripada dibelenggu dosa yang sebe...

Jatuh kerana manusia, Ayuh! Bangkit kerana Allah

Ada orang boleh hidup dengan orang yang dia memang suka memang sayang, tetapi ada orang tak ditakdirkan dengan orang yang dia suka. Ajal maut jodoh semuanya di tangan Allah, siapa kita untuk menghalang semua itu? Mungkin kita terlupa, ada benda baik yang buruk pada kita dan ada benda buruk yang memberi kebaikan kepada kita. Allah sedang memberi kita sesuatu yang lebih baik yang kita tidak pernah terfikir indahnya cerita hidup kita. Terlalu ramai yang mungkin bercinta, bertunang malah ada yang sudah berkahwin tetapi akadnya terputus tengah jalan. Ya! Tiada siapa sangka perkara yang paling pahit akan berlaku dalam kehidupan yang "Happy Ending" kita ni. Sedih meraung, menangis keluar air mata darah pun kita tak mampu ulang apa yang sudah terjadi, begitulah nasib seorang manusia yang tidak boleh putarkan masa yang sudah berlalu. Tugas kita hanya perlu sabar dan redha dengan apa yang berlaku, walaupun hati kita berat untuk melepaskan lagi-lagi orang yang pernah mengukir seny...

Kenapa aku dilahirkan sebegini rupa? - bisik hati Eliana.

Apa-apa musibah yang datang adalah kerana Allah menyayangi kita. Tanpa kita sedar, dalam dugaan tersebut kita sebenarnya sedang belajar untuk jadi yang lebih baik untuk jadi seorang yang pandai selesaikan masalah kehidupan tanpa kita ragu-ragu dengan Allah malah berbaik-sangkalah dengan Allah.  Eliana atau nama panggilannya, Yana. Yana dilahirkan dalam keluarga yang agak senang pada mulanya. Yang mana, apabila keluarganya menikmati hidangan, hidangannya boleh dikatakan mewah. Sehinggakan pada tahun 2005 Yana bersekolah, ibunya memberi wang saku sebanyak RM10 pada masa itu. Sungguh tidak terlintas dalam minda Yana, dia akan kehilangan semua itu dalam sekelip mata.  Masa berganti masa dan hari berganti hari, ibunya jatuh sakit berbulan-bulan tanpa diduga. Dipendekkan cerita Yana kehilangan ibunya yang tercinta. Yana seperti gila atau berimaginasi seperti ibunya masih bernyawa malah masih berada disampingnya. Tetapi, pada masa yang agak singkat, ayahnya berkahwin lain...

BUNUH DIRI AKIBAT PUTUS CINTA!

Situasi masa kini: Seorang pelajar dianugerahkan pelajar terbaik telah membunuh diri setelah putus cinta. Selesaikan soalan matematik tak sesusah selesaikan masalah kehidupan. Belajar straight A pun belum tentu bijak dalam menyelesaikan masalah kehidupan. Berapa ramai di kalangan kita, pandai dalam pelajaran tapi tak pandai dalam mengurus emosi, mengurus perasaan sendiri. Terkadang, ada ilmu tetapi tidak pernah beramal dengannya. Hebat dalam pelajaran, tapi masih ada rasa ingin bunuh diri, masih tak dapat bezakan baik dan buruk, masih melakukan perkara diluar syariat Islam jika dia seorang muslim. Bijak dalam pelajaran, belum tentu bijak dalam hal-hal kehidupan sendiri. Dimana kita? Adakah kita bijak kedua-duanya? Alangkah beruntungnya kita, jika kita bijak dalam ilmu pengetahuan dan bijak dalam menguruskan masalah kehidupan. Jom jadikan kita semua, sebagai seorang yang berilmu dan beramal dengan ilmu yang ada. LIKE DAN SHARE, jika anda juga terfikir sama dengan saya! ...

Saya ada seribu, boleh putih tak?

Saya ada seribu, boleh putih tak? - Keinginan manusia yang tiada batas. Ramai yang sanggup berhabis ratusan ribuan hanya untuk mencantikkan muka, melangsingkan badan, menampakkan diri lebih handsome lebih cantik daripada orang lain, sedangkan hati dibiarkan kelaparan dan gelap dibawa arus nafsu. Terlalu leka dengan permainan dunia sehingga melupakan apa sebenarnya tujuan dunia. Terlupa dunia adalah jambatan ke akhirat. Adakah akhirat kita baik mahupun buruk? Benar, cantik dan kacak itu perlu kerana ramai berpendapat akan lahirkan confident bila bercakap bila berhadapan, tetapi berpada-pada. Biar seimbang dunia dan akhirat. Biasalah manusia, mudah terlupa. Nama pun manusia, pelupa. LIKE DAN SHARE JIKA ANDA TURUT MEMERHATI! Facebook: Intan Alya Mohd Din Instagram: _intanalya Blogspot: intanalya.blogspot.com Datang dari hati, hati yang sedang memerhati! #daitekno #daiteknokaunseling

Baru darjah enam, dah pandai masak! - Sekeliling antara asbab kematangan.

Bila hidup susah, ada yang berfikir untuk menolong mak ayah tapi ada juga yang berfikir "mak ayah tak bagi kebahagiaan! Tak bagi kemewahan!". Sedangkan mak ayah sanggup ikat perut demi anaknya. Ada orang bila kehilangan sesuatu atau seseorang, akan membuatkannya matang. Contoh yang paling dekat, bila kehilangan ayah yang merupakan tulang belakang keluarga dan secara automatik, anak sulung akan mengambil alih tugas yang menyebabkannya matang lebih daripada umurnya demi menjaga keluarganya. Ada orang bila ditimpa musibah, akan membuatkan seseorang lebih matang dalam menyelesaikan masalah kehidupannya. Kerana ramai orang yang berilmu, tetapi kurang pandai menyelesaikan masalah kehidupannya. Setiap orang ada cara yang tersendiri bagaimana mereka boleh mempunyai sifat matang melalui jalan cerita hidup masing-masing. Begitulah sama ertinya, nampak muda tetapi berjiwa muda. Umur baru mencecah belasan tapi pemikiran jauh menghadap masa depan. Like dan share jika anda juga merasa...

Nantilah Taubat, Kita Kan Masih Muda

NANTILAH TAUBAT, KITA KAN MASIH MUDA - Mati tidak mengenal usia. Tanpa kita sedar, ramai yang mati di usia muda, "Muda-muda dah meninggal". Hari ini boleh merancang untuk hari esok, tapi tak siapa tahu dalam usia yang masih muda, Allah menjemput bertemuNya. Jadi, sampai bila kita masih berada di tempat yang sama, ibadah yang sekadar cukup-cukup, sedekah yang tidak istiqomah, atau solat lima waktu yang ala kadar. Berapa ramai insan yang menunaikan solat, tertutup auratnya tapi selesa tanpa menangis taubat kepada Allah? Selesa dengan merasa diri tidak berdosa. Ramai yang membiarkan diri terus lalai dalam dunia sehingga lupakan akhirat, sehingga merasa diri berada dalam zon selesa, "Saya dah solat, saya dah puasa, saya dah boleh masuk syurga kelak". Terkadang lupa memohon ampun dari Allah selepas solat seperti angkuh dan sombongnya dihadapan Allah swt. Senang untuk berhijrah ke arah lebih baik, mungkin dalam satu minit, seseorang boleh berubah lebih baik. Tapi, adak...