First sekali, maafkan saya jika penulisan saya akan mengguriskan hati sesiapa. Saya tidak akn mengaibkan sesiapa, insya-Allah.
Bersyukurlah jika awak dilahirkan dalam keluarga yang alim, yang berilmu, yang warak, yang ada menyuruh awak solat dan tutup aurat. Satu hari nanti, awak akan berterima kasih kepada Allah kerana meletakkan awak dalam suasana macam tu. Awak tak perlu tahan malu, tahan sabar kalau ada yang mengejek awak tentang pakaian tutup aurat awak. Awak tak perlu struggle untuk solat sunat atau bangun qiamulail sebab keluarga awak dah biasa. Awak tak perlu risau apa kata saudara awak, sebab pemakaian dan pemikiran mereka sama dengan awak. Awak patut bersyukur.
Aku seorang perempuan. Perempuan jenis yang kurang baik tapi berhajat nak jadi perempuan yang baik. Walau ada kadang-kadang ada saja orang jugde aku melalui perwatakan aku dan banyak lagi lah.
Persekitaran hidup aku tak mudah macam orang lain nampak, background family aku ni ada yang free hair, pergaulan bebas lelaki perempuan pun mcm biasa je dekat rumah kami, bila aku pakai sopan pun terus kena panggil "ustazah" even tudung bukan tutup dada pun 😂 Saat tu, memang malu lah kalau nak pakai ala-ala islamik ni (tutup aurat). Lagi power, bila aku single, aku selalu disuruh cari pakwe sebab nanti kalau takde aku dicop tak laku. Begitu kolot pemikiran kebanyakan sedara aku.
Pakwe? Tak payah cakap lah. Tapi aku setia. Cuma bila putus, aku jenis tak jilat apa yg aku ludah. So, kalau putus, terus putus lah hubungan yang ada even as a friend je. Aku tak cantik mana tapi, perempuan ni Allah buat boleh menggoda lelaki. Bodohkan aku? Gunakan kelembutan utk pikat hati lelaki, lagi-lagi bila otp aku acah-acah lah cover suara manja. Bila aku ingat, malu sangat dengan lelaki-lelaki tu. Kalau boleh, lupakan jela aku ni.
Aku takdela cite detail tapi nilah kehidupan aku dulu. Zaman jahiliyyah rasanya. Tapi, berubah senang, dalam masa seminit je tapi dlm masa 5 saat, aku boleh jadi mcm tu balik. Aku rasa lebih 100 kali aku mencuba untuk berubah dan tahan sabar bila jumpa dengan sedara-sedara aku. Kawan-kawan aku sama level je dengan aku. Tapi, Allah mudahkan penghijrahan aku, aku jumpa kawan-kawan baru yang seolah-olah mengajak aku utk jadi lebih baik walaupun aku sedar, setiap orang ada kelemahan diorang sendiri. Bila aku kenal diorang, mengajar aku untuk tidak jugde manusia melalui pemakaian, pemakain bukan segala-galanya tapi, tu bukan sebab kita taknak jaga pemakaian atau taknak tutup aurat. Takkan lah sebab orang lain buat silap, kita nak tanggung dosa besar.
Okay. Lepas tu aku mulakan dgn solat. Untuk cukupkan solat. Aku cuba solat 5 kali sehari, serious susah weh sebab mak ayah aku pun macam tak kisah aku solat ke tak. Korang tahu tak? Aku rotan diri aku sendiri bila rasa malas. Dan aku akan dot kan satu titik dekat whiteboard aku sampailah aku terlalu sayang utk dotkan dekat whiteboard aku. Utk solat, bila aku tinggal solat, aku letak rm15 utk satu solat. Sampailah, selepas berbulan-bulan, barulah solat aku cukup. Bila cukup sebulan, aku raikan diri aku dengan nasi kerabu, lawakkan? Sebab bagi aku, nak cukupkan solat tu sangatlah susah.
Alhamdulillah, bila aku dah cukup solat. Banyak benda aku sedar. Banyak benda aku nampak. Allah pun mudahkan semua gerak kerja aku. Ada benda yang aku xdapat, tapi yakin dan percaya pada Allah, lebih tinggi dari rasa sedih. Allah beri banyak benda untuk kita tapi KITA LUPA UNTUK BERSYUKUR.
Credit: Maryam (bukan nama sebenar)
Terima kasih atas semuanya. Semoga Allah jagakan dia dalam penghijrahannya.
Comments
Post a Comment