Asyik-asyik rindu diari ramadhan rafiq je, bila kita nak rindu dan nak ubah diari ramadhan kita ye? 🤔🤔
Contohnya saya, dah 22 tahun, means dah nak masuk 22 kali saya menjalani bulan ramadhan ini. Sama jugak kalian, semua pembaca! Bagaimana ye ramadhan kita kali ini? Adakah sama dengan lepas-lepas? Adakah semakin kurang baik atau semakin baik? Tepuk dada tanya iman. Hanya kita dan Allah je tahu.
Bila ramadhan je, ramai sibuk untuk hias rumah hias diri sendiri, tapi tak semua orang sibuk hias kolbu sendiri. Semakin ramai hanya lihat baik dan cantik itu pada luaran sahaja dan terus lupa dan tolak hal yang berkaitan kolbu ataupun rohani. Elakkan jadikan ramadhan ini adalah bulan untuk memilih baju raya memilih langsir raya, pinggan mangkuk raya sehingga lupa untuk biarkan hati kita amalan kita akhirat kita jugak nak beraya, yes! Beraya daripada nafsu kita sendiri, beraya dari tabiat kurang baik kita, means merdekakan diri kita daripada dibelenggu dosa yang sebenarnya kita sendiri tahu, kita sedang buat dosa.
Tak perlu drastik, buat perlahan-lahan dan ingatlah, doa kepada Allah semoga kita dipermudahkan menerima hidayah dan taufiq. Supaya kita senang menerima teguran dlm penghijrahan kita. Sebab kadang-kadang kita ni rasa kita bagus dan kita tak salah, tp orang lain yang salah. Lebih elok, kita perbetulkan niat, kita gunakan ramadhan kita kali ni, adalah masanya kita ubah diri kita, transformkan untuk jadi muslim muslimah yang dahagakan akhirat bukan dunia semata-mata.
Disini saya terangkan balik, bukan kita tak boleh cantik di hari raya, Islam pun galakkan kita utk bersih untuk kelihatan cantik dan kacak setiap hari, begitulah indahnya Islam. Tapi, berpada-pada seeloknya kurangkan sifat membazir dan menunjuk-nunjuk. Dan jaga aurat dlm memilih baju raya, jgn ketat sendat pulak, muslimah tu tudung biarlah melepasi dada, kita beraya pun kerana Allah. Bila kita taat pada Allah, itupun tanda kita bersyukur pada Allah dan tanda kita beriman kepada Allah.
Kita bukan nak jadi sempurna sebab kita takkan jadi sempurna, tapi kita sedang perbaiki diri untuk lebih baik. Dan sekurang-kurangnya bila ditanya apa kita buat utk Islam, kita punya jawapan, kita berdakwah sebarkan Islam melalui kata-kata kita, perbuatan kita, dan pemakaian kita. Alhamdulillah, anda memang terbaik!
Islam tak pernah susah, tp kita manusia menampakkan Islam itu susah. Percayalah, semakin sikit orang yang masuk Islam kerana pemakaian orang Islam sendiri, tp mereka masuk Islam kerana Islam itu indah. Taknak kah kita menjadi asbab non-muslim bertukar status muslim?
Jika ada salah, perbetulkan saya. Saya hanya manusia biasa, berkongsi rasa dan pengalaman saya. Semoga bermanfaat!
Facebook: Intan Alya Mohd Din
Instagram: _intanalya
Blogspot: intanalya.blogspot.com
"Dunia Dakwah Dunia Kita"
Comments
Post a Comment