Skip to main content

Kenapa aku dilahirkan sebegini rupa? - bisik hati Eliana.

Apa-apa musibah yang datang adalah kerana Allah menyayangi kita. Tanpa kita sedar, dalam dugaan tersebut kita sebenarnya sedang belajar untuk jadi yang lebih baik untuk jadi seorang yang pandai selesaikan masalah kehidupan tanpa kita ragu-ragu dengan Allah malah berbaik-sangkalah dengan Allah. 



Eliana atau nama panggilannya, Yana. Yana dilahirkan dalam keluarga yang agak senang pada mulanya. Yang mana, apabila keluarganya menikmati hidangan, hidangannya boleh dikatakan mewah. Sehinggakan pada tahun 2005 Yana bersekolah, ibunya memberi wang saku sebanyak RM10 pada masa itu. Sungguh tidak terlintas dalam minda Yana, dia akan kehilangan semua itu dalam sekelip mata. 

Masa berganti masa dan hari berganti hari, ibunya jatuh sakit berbulan-bulan tanpa diduga. Dipendekkan cerita Yana kehilangan ibunya yang tercinta. Yana seperti gila atau berimaginasi seperti ibunya masih bernyawa malah masih berada disampingnya. Tetapi, pada masa yang agak singkat, ayahnya berkahwin lain dan sebagai seorang anak, Yana akur dengan keputusan tersebut dan ingin melihat ayahnya bahagia dengan pilihan hati ayahnya itu. 

Kehidupan yang agak mewah sudah bertukar 360 darjah bagi Yana dan Yana agak terkejut dengan perbezaan tersebut. Demi mencari wang atau rezeki buat anak-anak, ayah Yana bekerja siang dan malam bersama ibu barunya juga mencari sesuap nasi buat ahli keluarganya. Sehinggakan Yana ditinggalkan keseorangan di rumah menyebabkan Yana terfikir "Adakah ayahku sudah tidak menyayangi diriku lagi?". Sehinggakan terlalu sibuk dengan kerjaya, setiap tahun keputusan Yana tidak diambil oleh ayah dan ibu barunya tetapi orang lain. Sungguh sedih kerana Yana belajar bersungguh-sungguh hanya untuk mendapatkan keputusan yang terbaik untuk ayah dan ibu barunya. 

Begitulah nasib Yana hari semakin hari bersilih ganti, Yana mencari rakan-rakan sebagai tempat mengadu masalah dan pelbagai lagi menyebabkan dia mempunyai masalah remaja seperti memberontak dan banyak lagi kerana dia berfikir, ayah dan ibu barunya tidak mementingkan dirinya. Sedangkan ayah dan ibunya mencari wang hanya untuk dirinya tetapi Yana tidak sedar tentang semua itu.

Disebabkan semua yang berlaku, Yana lebih berdikari dan lebih selesa hidup bersendiri kerana ayahnya selalu menyuruhnya membuat sesuatu perkara tanpa ayahnya. Bahkan, Yana pernah ke klinik seorang diri walaupun dia sedang demam teruk. Kehidupannya yang makan banyak tahun sehingga rezekinya boleh menyambung ke universiti tempatan atas usahanya dan pemikirannya pada masa itu "Aku harus belajar bersungguh-sungguh dan aku kena belajar jauh dari keluarga aku kerana mereka bukan sayang pun terhadap diri aku". 

Setelah setahun belajar di universiti tersebut, Yana merasakan sesuatu iaitu rindu membuak-buak kepada ayah dan ibunya. Malah, Allah telah tunjukkan satu kebahagiaan buat dirinya kerana ayah dan ibunya menyesali dengan apa yang mereka buat iaitu, tidak mengutamakan hati dan perasaan seorang anak yang merindukan kasih dan sayang ibu ayah. Ayah dan ibunya memohon ampun dan membuat Yana terharu dan flashback dengan apa yang telah berlaku. 

Tanpa Yana sedar, dengan musibah yang Allah duga dirinya, hari ini dia boleh berdiri sendiri, dia boleh sendiri tanpa bantuan orang lain. Dengan kesedihan dia, dia semakin tabah dan redha dengan apa yang telah berlaku. Itu buktinya musibah adalah kerana Allah menyayangi diri Yana dan kita semua. Tak kira apa musibah atau masalah yang kita hadapi adalah sebab Allah sayangkan kita, mungkin pada saat itu kita belum sedar apa hikmahnya tapi setelah semua itu berlalu, ada hikmah yang tersembunyi. 

LIKE DAN SHARE jika anda setuju dengan cerpen saya diatas!

FACEBOOK: Intan Alya Mohd Din
INSTAGRAM: _intanalya
BLOGSPOT: intanalya.blogspot.com

Kadang-kadang apa yang kita pernah lalui, orang lain juga pernah lalui, cuma kita tidak tahu kerana tidak bertanya. semua orang diduga cuma caranya yang berbeza kerana Allah menguji kita mengikut kemampuan diri kita. 

Comments

Popular posts from this blog

HINA KE CIKGU TADIKA? Basuh berak, mandikan, jaga budak ni hina ke?

Aku seorang yang cuba tukar profession sendiri dari Sales Promoter ke Guru Tadika tapi entah kenapa, ada je mulut-mulut menyakitkan hati seolah menghina kerja aku. Hina sijil degree aku. Seolah aku ni buat kerja tak halal. Tulah persoalan aku, hina ke jadi Cikgu Tadika? . Aku tidak malu apatah lagi segan nak bagitahu aku kerja apa. Well, aku cikgu tadika bertaraf degree ye 😂 Anak murid aku akan jadi orang yang hebat one day, mana tahu jadi Perdana Menteri ✨ . Cikgu tadika ni bkn mengajar akademik je. Ajar anak-anak utk survive, struggle untuk teruskan hidup. Ajar pakai kasut, pakai baju, ajar mandi, ajar bukak butang baju, ajar beradab, ajar hormat, ajar tentang kehidupan. Jangan pernah pandang hina dekat cikgu tadika ✨ . Lagi sekali, eventho aku adalah pemegang sijil degree even cemerlang, aku takkan pernah malu. Aku bangga bila anak murid aku faham apa aku ajar, dan amalkan apa aku ajar. Paling penting, its blessed when they said that “they love you” eventho kami takde pertalian dar...

Jatuh kerana manusia, Ayuh! Bangkit kerana Allah

Ada orang boleh hidup dengan orang yang dia memang suka memang sayang, tetapi ada orang tak ditakdirkan dengan orang yang dia suka. Ajal maut jodoh semuanya di tangan Allah, siapa kita untuk menghalang semua itu? Mungkin kita terlupa, ada benda baik yang buruk pada kita dan ada benda buruk yang memberi kebaikan kepada kita. Allah sedang memberi kita sesuatu yang lebih baik yang kita tidak pernah terfikir indahnya cerita hidup kita. Terlalu ramai yang mungkin bercinta, bertunang malah ada yang sudah berkahwin tetapi akadnya terputus tengah jalan. Ya! Tiada siapa sangka perkara yang paling pahit akan berlaku dalam kehidupan yang "Happy Ending" kita ni. Sedih meraung, menangis keluar air mata darah pun kita tak mampu ulang apa yang sudah terjadi, begitulah nasib seorang manusia yang tidak boleh putarkan masa yang sudah berlalu. Tugas kita hanya perlu sabar dan redha dengan apa yang berlaku, walaupun hati kita berat untuk melepaskan lagi-lagi orang yang pernah mengukir seny...

Baru darjah enam, dah pandai masak! - Sekeliling antara asbab kematangan.

Bila hidup susah, ada yang berfikir untuk menolong mak ayah tapi ada juga yang berfikir "mak ayah tak bagi kebahagiaan! Tak bagi kemewahan!". Sedangkan mak ayah sanggup ikat perut demi anaknya. Ada orang bila kehilangan sesuatu atau seseorang, akan membuatkannya matang. Contoh yang paling dekat, bila kehilangan ayah yang merupakan tulang belakang keluarga dan secara automatik, anak sulung akan mengambil alih tugas yang menyebabkannya matang lebih daripada umurnya demi menjaga keluarganya. Ada orang bila ditimpa musibah, akan membuatkan seseorang lebih matang dalam menyelesaikan masalah kehidupannya. Kerana ramai orang yang berilmu, tetapi kurang pandai menyelesaikan masalah kehidupannya. Setiap orang ada cara yang tersendiri bagaimana mereka boleh mempunyai sifat matang melalui jalan cerita hidup masing-masing. Begitulah sama ertinya, nampak muda tetapi berjiwa muda. Umur baru mencecah belasan tapi pemikiran jauh menghadap masa depan. Like dan share jika anda juga merasa...