Skip to main content

KENAPA DIPANGGIL TAUHID KONTEMPORARI?


            Dari apa yang saya pelajari dan faham, tauhid kontemporari adalah tauhid semasa iaitu serangan pemikiran yang melemahkan iman dan kurangnya keyakinan kita terhadap Allah. Ia juga boleh menyebabkan kita terjerumus kearah kesesatan.
            Dalam kita mempelajari ilmu tauhid, fiqh dan tasauf, kita mestilah mempunyai tujuan. Belajar tauhid bukan sahaja tentang tuhan tetapi persepsi cara kita menganggap Allah sebagai tuhan dan hubungan dengan kehidupan iaitu kehidupan selepas mati (akhirat), dosa pahala dan banyak lagi. Apa yang penting adalah matlamat kita belajar ilmu tauhid adalah untuk mengelakkan syirik, kufur dan nifaq akidah. Tetapi tak semestinya dengan hanya belajar ilmu tauhid atau kenal Allah kita akan beriman kepada Allah. Sedangkan syaitan yang kenal Allah, kenal syurga neraka pun tidak beriman kepada Allah. Tujuan belajar ilmu fiqh dan tasauf adalah kita dapat melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Ilmu tasauf akan mendorong kita menjaga hubungan dengan Allah dan makhluk lain tak kira manusia, tumbuhan atau binatang. Dengan belajar ilmu tasauf pada zaman tauhid kontemporari kini, dapat mengelak dari orang fasik yang bermaksud orang yang mengekalkan dosa kecil dan melakukan dosa besar. Dengan belajarnya ilmu-ilmu seperti ilmu tauhid, fiqh dan tasauf akan menjadikan kita muslim yang baik dan sejati.
            Perkara yang boleh memesongkan iman atau sarangan-serangan pemikiran untuk melemahkan iman dan keyakinan antara sekarang dan zaman dahulu, jauh bezanya kerana pada zaman dahulu manusia mencari tuhan kerana kesusahan hidup tetapi sekarang apabila senang mereka mencari keselesaan hidup yang lebih lagi iaitu mencari kehidupan yang lain dari suruhan Allah dan mudah melupakan Allah. Sesungguhnya, apa yang Allah perintahkan adalah perkara yang memberi kebaikan kepada kita. Perkara yang Allah larang adalah perkara yang memberi kita sebaliknya. Pada zaman sekarang, kita mudah untuk berjumpa dengan manusia yang kurang yakin pada Allah kerana mereka berfikir akal lebih hebat, logik dan rasional.

            Seterusnya, serangan-serangan yang menyebabkan kita tak mempedulikan atau kurang mengambil kisah tentang islam sekarang lahir dari isu-isu semasa yang timbul seperti orientalisme, kapitalis dan banyak lagi. Hak asasi yang diperkatakan juga boleh mengurangkan keyakinan manusia kepada Allah. Kenapa kita perlu tahu tentang tauhid kontemporari adalah kerana sarangan masa kini lagi hebat dari sarangan pada zaman dahulu kerana manusia di zaman teknologi kurang ingin bercakap tentang tuhan malah meletakkan akal dan fikiran sebagai perkara utama dalam kehidupan. Tauhid adalah mensatukan tuhan iaitu satu-satunya tempat kita bergantung dan bukannya bergantung kepada teknologi sepenuhnya.

Comments

Popular posts from this blog

HINA KE CIKGU TADIKA? Basuh berak, mandikan, jaga budak ni hina ke?

Aku seorang yang cuba tukar profession sendiri dari Sales Promoter ke Guru Tadika tapi entah kenapa, ada je mulut-mulut menyakitkan hati seolah menghina kerja aku. Hina sijil degree aku. Seolah aku ni buat kerja tak halal. Tulah persoalan aku, hina ke jadi Cikgu Tadika? . Aku tidak malu apatah lagi segan nak bagitahu aku kerja apa. Well, aku cikgu tadika bertaraf degree ye 😂 Anak murid aku akan jadi orang yang hebat one day, mana tahu jadi Perdana Menteri ✨ . Cikgu tadika ni bkn mengajar akademik je. Ajar anak-anak utk survive, struggle untuk teruskan hidup. Ajar pakai kasut, pakai baju, ajar mandi, ajar bukak butang baju, ajar beradab, ajar hormat, ajar tentang kehidupan. Jangan pernah pandang hina dekat cikgu tadika ✨ . Lagi sekali, eventho aku adalah pemegang sijil degree even cemerlang, aku takkan pernah malu. Aku bangga bila anak murid aku faham apa aku ajar, dan amalkan apa aku ajar. Paling penting, its blessed when they said that “they love you” eventho kami takde pertalian dar...

Jatuh kerana manusia, Ayuh! Bangkit kerana Allah

Ada orang boleh hidup dengan orang yang dia memang suka memang sayang, tetapi ada orang tak ditakdirkan dengan orang yang dia suka. Ajal maut jodoh semuanya di tangan Allah, siapa kita untuk menghalang semua itu? Mungkin kita terlupa, ada benda baik yang buruk pada kita dan ada benda buruk yang memberi kebaikan kepada kita. Allah sedang memberi kita sesuatu yang lebih baik yang kita tidak pernah terfikir indahnya cerita hidup kita. Terlalu ramai yang mungkin bercinta, bertunang malah ada yang sudah berkahwin tetapi akadnya terputus tengah jalan. Ya! Tiada siapa sangka perkara yang paling pahit akan berlaku dalam kehidupan yang "Happy Ending" kita ni. Sedih meraung, menangis keluar air mata darah pun kita tak mampu ulang apa yang sudah terjadi, begitulah nasib seorang manusia yang tidak boleh putarkan masa yang sudah berlalu. Tugas kita hanya perlu sabar dan redha dengan apa yang berlaku, walaupun hati kita berat untuk melepaskan lagi-lagi orang yang pernah mengukir seny...

Baru darjah enam, dah pandai masak! - Sekeliling antara asbab kematangan.

Bila hidup susah, ada yang berfikir untuk menolong mak ayah tapi ada juga yang berfikir "mak ayah tak bagi kebahagiaan! Tak bagi kemewahan!". Sedangkan mak ayah sanggup ikat perut demi anaknya. Ada orang bila kehilangan sesuatu atau seseorang, akan membuatkannya matang. Contoh yang paling dekat, bila kehilangan ayah yang merupakan tulang belakang keluarga dan secara automatik, anak sulung akan mengambil alih tugas yang menyebabkannya matang lebih daripada umurnya demi menjaga keluarganya. Ada orang bila ditimpa musibah, akan membuatkan seseorang lebih matang dalam menyelesaikan masalah kehidupannya. Kerana ramai orang yang berilmu, tetapi kurang pandai menyelesaikan masalah kehidupannya. Setiap orang ada cara yang tersendiri bagaimana mereka boleh mempunyai sifat matang melalui jalan cerita hidup masing-masing. Begitulah sama ertinya, nampak muda tetapi berjiwa muda. Umur baru mencecah belasan tapi pemikiran jauh menghadap masa depan. Like dan share jika anda juga merasa...