Skip to main content

Rezeki bukan satu cabang tapi banyak

Dah lama rasanya sis intan tak menulis opss tak menaip dekat blog usang ni.. Tapi tetiba pulak sis intan nak bercakap pasal rezeki sbb ramai member sis duk jeles dengan rezeki orang-orang lain.

Okay then lets talk about rezeki. Kenapa kita nak jeles nak dengki dgn rezeki someone? Kerana kita kurang bersyukur dengan apa yang kita. Kita kan manusia, manusia ni tak cukup betis nak peha lagi. And at the last, manusia tu jugak rugi.

Ada orang rezeki lepas graduate universiti, terus dapat kerja. Ada orang tak habis belajar dah ada orang datang merisik. Ada orang baru je kerja tapi gaji dah boleh bagi banyak dekat mak ayah. Ada orang tu kerja biasa je tapi boleh spent time dengan family sedangkan ada org gaji memang besar tapi masa dengan bini dengan anak biarlan berlalu je.

Bila fikir about rezeki ni. Cabang dia bercabang-cabang bukan lidah je bercabang hehe. So, apa salahnya kalau kita “seorang manusia tu” tried to appreciate what we have more than appreciate what will we have. Baca leklok sebab ada beza tu.

Rezeki yg paling kita nampak skrg, member kawen haa jgn sebab tgok member kawen kita pulak eksaited nak kawen. Pilih dengan betul dan ikut islam. Kukuhkan kewangan dulu jgn gopoh gapah. Bukan nasihat utk korang je ni, utk sis intan pun..

Baru sempat nak publish sebab data dah renew balik hehe

Facebook: Intan Alya Mohd Din
Instagram: _intanalya

“Dunia dakwah dunia kita”

Comments

Popular posts from this blog

HINA KE CIKGU TADIKA? Basuh berak, mandikan, jaga budak ni hina ke?

Aku seorang yang cuba tukar profession sendiri dari Sales Promoter ke Guru Tadika tapi entah kenapa, ada je mulut-mulut menyakitkan hati seolah menghina kerja aku. Hina sijil degree aku. Seolah aku ni buat kerja tak halal. Tulah persoalan aku, hina ke jadi Cikgu Tadika? . Aku tidak malu apatah lagi segan nak bagitahu aku kerja apa. Well, aku cikgu tadika bertaraf degree ye 😂 Anak murid aku akan jadi orang yang hebat one day, mana tahu jadi Perdana Menteri ✨ . Cikgu tadika ni bkn mengajar akademik je. Ajar anak-anak utk survive, struggle untuk teruskan hidup. Ajar pakai kasut, pakai baju, ajar mandi, ajar bukak butang baju, ajar beradab, ajar hormat, ajar tentang kehidupan. Jangan pernah pandang hina dekat cikgu tadika ✨ . Lagi sekali, eventho aku adalah pemegang sijil degree even cemerlang, aku takkan pernah malu. Aku bangga bila anak murid aku faham apa aku ajar, dan amalkan apa aku ajar. Paling penting, its blessed when they said that “they love you” eventho kami takde pertalian dar...

Jatuh kerana manusia, Ayuh! Bangkit kerana Allah

Ada orang boleh hidup dengan orang yang dia memang suka memang sayang, tetapi ada orang tak ditakdirkan dengan orang yang dia suka. Ajal maut jodoh semuanya di tangan Allah, siapa kita untuk menghalang semua itu? Mungkin kita terlupa, ada benda baik yang buruk pada kita dan ada benda buruk yang memberi kebaikan kepada kita. Allah sedang memberi kita sesuatu yang lebih baik yang kita tidak pernah terfikir indahnya cerita hidup kita. Terlalu ramai yang mungkin bercinta, bertunang malah ada yang sudah berkahwin tetapi akadnya terputus tengah jalan. Ya! Tiada siapa sangka perkara yang paling pahit akan berlaku dalam kehidupan yang "Happy Ending" kita ni. Sedih meraung, menangis keluar air mata darah pun kita tak mampu ulang apa yang sudah terjadi, begitulah nasib seorang manusia yang tidak boleh putarkan masa yang sudah berlalu. Tugas kita hanya perlu sabar dan redha dengan apa yang berlaku, walaupun hati kita berat untuk melepaskan lagi-lagi orang yang pernah mengukir seny...

Baru darjah enam, dah pandai masak! - Sekeliling antara asbab kematangan.

Bila hidup susah, ada yang berfikir untuk menolong mak ayah tapi ada juga yang berfikir "mak ayah tak bagi kebahagiaan! Tak bagi kemewahan!". Sedangkan mak ayah sanggup ikat perut demi anaknya. Ada orang bila kehilangan sesuatu atau seseorang, akan membuatkannya matang. Contoh yang paling dekat, bila kehilangan ayah yang merupakan tulang belakang keluarga dan secara automatik, anak sulung akan mengambil alih tugas yang menyebabkannya matang lebih daripada umurnya demi menjaga keluarganya. Ada orang bila ditimpa musibah, akan membuatkan seseorang lebih matang dalam menyelesaikan masalah kehidupannya. Kerana ramai orang yang berilmu, tetapi kurang pandai menyelesaikan masalah kehidupannya. Setiap orang ada cara yang tersendiri bagaimana mereka boleh mempunyai sifat matang melalui jalan cerita hidup masing-masing. Begitulah sama ertinya, nampak muda tetapi berjiwa muda. Umur baru mencecah belasan tapi pemikiran jauh menghadap masa depan. Like dan share jika anda juga merasa...