Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

Jatuh kerana manusia, Ayuh! Bangkit kerana Allah

Ada orang boleh hidup dengan orang yang dia memang suka memang sayang, tetapi ada orang tak ditakdirkan dengan orang yang dia suka. Ajal maut jodoh semuanya di tangan Allah, siapa kita untuk menghalang semua itu? Mungkin kita terlupa, ada benda baik yang buruk pada kita dan ada benda buruk yang memberi kebaikan kepada kita. Allah sedang memberi kita sesuatu yang lebih baik yang kita tidak pernah terfikir indahnya cerita hidup kita. Terlalu ramai yang mungkin bercinta, bertunang malah ada yang sudah berkahwin tetapi akadnya terputus tengah jalan. Ya! Tiada siapa sangka perkara yang paling pahit akan berlaku dalam kehidupan yang "Happy Ending" kita ni. Sedih meraung, menangis keluar air mata darah pun kita tak mampu ulang apa yang sudah terjadi, begitulah nasib seorang manusia yang tidak boleh putarkan masa yang sudah berlalu. Tugas kita hanya perlu sabar dan redha dengan apa yang berlaku, walaupun hati kita berat untuk melepaskan lagi-lagi orang yang pernah mengukir seny...

Kenapa aku dilahirkan sebegini rupa? - bisik hati Eliana.

Apa-apa musibah yang datang adalah kerana Allah menyayangi kita. Tanpa kita sedar, dalam dugaan tersebut kita sebenarnya sedang belajar untuk jadi yang lebih baik untuk jadi seorang yang pandai selesaikan masalah kehidupan tanpa kita ragu-ragu dengan Allah malah berbaik-sangkalah dengan Allah.  Eliana atau nama panggilannya, Yana. Yana dilahirkan dalam keluarga yang agak senang pada mulanya. Yang mana, apabila keluarganya menikmati hidangan, hidangannya boleh dikatakan mewah. Sehinggakan pada tahun 2005 Yana bersekolah, ibunya memberi wang saku sebanyak RM10 pada masa itu. Sungguh tidak terlintas dalam minda Yana, dia akan kehilangan semua itu dalam sekelip mata.  Masa berganti masa dan hari berganti hari, ibunya jatuh sakit berbulan-bulan tanpa diduga. Dipendekkan cerita Yana kehilangan ibunya yang tercinta. Yana seperti gila atau berimaginasi seperti ibunya masih bernyawa malah masih berada disampingnya. Tetapi, pada masa yang agak singkat, ayahnya berkahwin lain...

BUNUH DIRI AKIBAT PUTUS CINTA!

Situasi masa kini: Seorang pelajar dianugerahkan pelajar terbaik telah membunuh diri setelah putus cinta. Selesaikan soalan matematik tak sesusah selesaikan masalah kehidupan. Belajar straight A pun belum tentu bijak dalam menyelesaikan masalah kehidupan. Berapa ramai di kalangan kita, pandai dalam pelajaran tapi tak pandai dalam mengurus emosi, mengurus perasaan sendiri. Terkadang, ada ilmu tetapi tidak pernah beramal dengannya. Hebat dalam pelajaran, tapi masih ada rasa ingin bunuh diri, masih tak dapat bezakan baik dan buruk, masih melakukan perkara diluar syariat Islam jika dia seorang muslim. Bijak dalam pelajaran, belum tentu bijak dalam hal-hal kehidupan sendiri. Dimana kita? Adakah kita bijak kedua-duanya? Alangkah beruntungnya kita, jika kita bijak dalam ilmu pengetahuan dan bijak dalam menguruskan masalah kehidupan. Jom jadikan kita semua, sebagai seorang yang berilmu dan beramal dengan ilmu yang ada. LIKE DAN SHARE, jika anda juga terfikir sama dengan saya! ...