Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

AKU SEORANG DROPSHIP: Aku juga nak bawak kereta sendiri, makan tempat mewah.. walaupun ramai yang mengata..

Dari komisen HANYA RM3 aku belajar hidup susah, iklan tidak henti dan aku sendiri tidak pernah penat. Aku seorang dropship dari umur belasan tahun kerana aku sedar aku lahir dari keluarga biasa-biasa yang tak dapat keluarkan modal walaupun 1 ribu. . Aku seorang dropship tapi angan aku mengalahkan owner produk jualan aku. Aku juga ingin launching barangan jenama aku sendiri tapi modal yang besar bukan kepunyaan aku. Aku join dropship bermacam-macam barang sehinggakan aku terkadang tertinggal iklan itu dan ini. . Dari dropship aku belajar mcm mana adanya Page di Facebook, Instagram, buat video bisnes dan bermacam lagi walaupun ada yang menghina “alah! Dropship je pun tapi acah-acah founder product!”. Hebatnya aku, aku pekakkan telinga dan butakan mata dan teruskan tingkatkan jualan dropship aku. . Dengan hasil dropship kecil-kecilan, aku dapat beli laptop untuk belajar walaupun harga biasa, aku dapat beli phone tanpa wang sesiapa, aku boleh beri duit pada mak dan ayah, aku boleh reward d...

SARJAN HASAN DILUPAKAN!

Anak muda semakin bodoh dan mudah tertipu dengan hiburan barat ✨ . Benar, bila datangnya Ogos dan Merdeka, aku terdetik tentang sifat dan sikap anak muda yang semakin lama semakin tidak asing dengan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, masalah dadah, dan masalah lain-lain lagi. Penat tengok dan sedih dengan sikap anak muda yang rugi. Orang muda sekarang “sanggup jual diri demi famous dan follower” ‼️ . Dulu kita agungkan Sarjan Hasan ketika hadirnya Ogos Merdeka, tapi sekarang? Hanya pada kata-kata. Anak muda sudah tidak kenal siapa Sarjan Hasan dan apa pengorbanan Sarjan Hasan pada negara sendiri, sungguh aku juga malu. . Anak muda skrg lebih memilih hiburan kelab malam, hiburan dadah, perempuan menghisap rokok, lelaki dan perempuan beromen tanpa segan dan silu. Itulah kenyataan anak muda kita, aku malu. Sungguh, aku tidak menuduh tapi aku melihat keadaan anak muda sekarang. Tak payah tengok di luar, cukup on data internet bukak facebook atau instagram. . Benda Luar Biasa sudah jadi ...

AKU SEDAR AKU ANAK ORANG SUSAH!

Dari kecik lagi aku pegang kata-kata “nak apa-apa beli sendiri” ✨Hina sangat ke dilahirkan sebagai orang susah? . Bermula dengan handphone, aku kumpul duit sendiri dan beli. Takde phone yang sponsornya datang dari ibu dan ayah, sebab aku tahu ibu dan ayah bukan orang senang. Sejak dari awal tingkatan lagi, aku bekerja sebab taknak susahkan ibu dan ayah. . Adik-adik aku ramai, terpaksa tong-tong duit utk diorang jugak. Sejak dari tu, aku tekad belajar betul-betul. Aku seorang peminjam PTPTN semasa belajar universiti, orang lain bila habis je duit, call ibu ayah mintak duit. Aku tak, aku berniaga bermacam-macam benda dari stokin, tudung, kosmetik, makanan dan ada jugak ambil upah mengajar dan jadi akak-akak fasi katakan. . Masa tu, kebanyakan kawan aku duk amik lesen motor dan kereta, aku tak, aku lupakan pasal lesen semua then study betul-betul dan terus bekerja tanpa aku pilih penat ke tak kerja tu, asal kerja. Aku tidak pernah menganggur, pernah bekerja ikut apa yg aku bungkus, gaji t...

SAYANG SUAMI ORANG ADALAH TAKDIR: Kita berserah saja atau kita cuba elak?

Scroll-scroll TikTok (actually mmg suka scroll TikTok untuk video-video kata-kata giteww) Sape sama, kita geng ✨ Okay berbalik pada kat atas tu, pernah jugak ternampak video TikTok yang berkaitan SAYANG SUAMI ORANG ADALAH TAKDIR AKU. So, hanya nak tanya pendapat semua yang baca. . Ada jugak tertengok video orang balas, dia cakap, dia ada pengalaman berkawan dengan suami orang yg mulanya, suami orang tu mengaku bujang/ duda. But then, bila kenal dlm tempoh krg 1 tahun, si isteri call bagitahu tu suami dia dan tunjuk kad kawen dll. . Patah hati tu memang kan? Tapi, terciduk dengan tindakan perempuan tu, terus block dan terus putuskan hubungan yg ada. Sebab apa? Sebab dia seolah merasa apa si isteri tu rasa. Buat apa kita bahagia atas kerosakan rumahtangga orang lain kan? . Pilihan ada pada kita. Kita pilih Air Milo, maka Air Milo la yang kita akan minum kan? Mungkin akan ada setuju dan tidak setuju. Hanya sekadar perkongsian dan menanya pendapat tentang TAKDIR SAYANG SUAMI ORANG ðŸ’Ĩ . Ban...

FAKTA COVID 19 ATAU AUTA: Rawatan Kombinasi Interferon untuk pesakit terpilih COVID 19 ada di dalam produk Shaklee ‼️

20 April 2020, heboh pasal dalam produk Shaklee ada campuran yang sama di dalam rawatan kombinasi ubat Covid 19 iaitu Interferon dan ada campuran lain lagi. . Produk Shaklee Nutriferon Granules satu-satunya produk yang mempunyai interferon semulajadi yg mana, Dr. Kojima yg membuat ujikaji tentang semua ni. Dan takde lagi produk kesihatan yg lain yg mempunyai kombinasi Interferon ni. . KKM sendiri yg nak membuat ujian ke atas kombinasi ni terhadap pesakit terpilih di sembilan hospital. Interferon ni kalau korang nak tahu, adalah sebatian atau campuran lebih 200 herba yg elok utk tubuh kita. . Kita boleh cuba Nutriferon Granules ni utk elakkan Covid 19 insha-allah atau utk kuatkan imune kita kan. Jom sama-sama kita amalkan Nutriferon Granules ni sekarang sebab dh ramai sangat sedar tentang fakta ini 😊 . . Facebook: Gerobok Muslim Instagram: gerobokmuslim.co Whatsapp: https://ContactSellerGerobok.wasap.my . “Menjual Quran Hantaran Ukiran Nama, serta boleh merunding tentang kesihatan dan ...

PAKEJ MAKAN ANGIN BERHUTANG: Sanggup ke cari orang yang kita berhutang di Padang Mahsyar nanti? Biar papei asal bergayee..

Orang yang berhutang jalan-jalan cari makan dia lain macam, ke sana ke sini, posting sana posting sini. Kita? Macam orang bodoh, Ikat perut lagi nak buat saving masa depan. . “Bila nak pinjam duit/ berhutang, lembut gigi pada lidah, tp bila nak mintak bayar?” Mcm-mcm excuse lagi, siap kena block semua socmed lagi. Hati ni sedih sebab bila org perlukan kita, kita ada. But, when we need “our own money”? Macam kita pulak menagih simpati duit orang ✨ Syabbbass! . “Aku pinjam RM500, dapat je gaji aku bayar terus”, dah penat dengan janji syaiton ni kan. Sebabtu, kita dah serik nak tolong orang, nak pinjam duit. Sebab diperbodohkan mcm tu je. Sampai ke hujung tahun pun, belum tentu bayar si syaiiiitoooonnn ni ðŸĪŠ . Pernah jugak, kita berhutang sbb tak cukup duit sebab orang berhutang dgn kita tak bayar 😑 Akhirnya, duit kita hilang mcm tu je. Duit hilang dan persahabatan pun mcm hilang mcm tu je, disebabkan duit yang tak seberapa tu. . Pernah rasa tak? Pernah alami tak? Takpe.. Rezeki kita aka...

HINA KE CIKGU TADIKA? Basuh berak, mandikan, jaga budak ni hina ke?

Aku seorang yang cuba tukar profession sendiri dari Sales Promoter ke Guru Tadika tapi entah kenapa, ada je mulut-mulut menyakitkan hati seolah menghina kerja aku. Hina sijil degree aku. Seolah aku ni buat kerja tak halal. Tulah persoalan aku, hina ke jadi Cikgu Tadika? . Aku tidak malu apatah lagi segan nak bagitahu aku kerja apa. Well, aku cikgu tadika bertaraf degree ye 😂 Anak murid aku akan jadi orang yang hebat one day, mana tahu jadi Perdana Menteri ✨ . Cikgu tadika ni bkn mengajar akademik je. Ajar anak-anak utk survive, struggle untuk teruskan hidup. Ajar pakai kasut, pakai baju, ajar mandi, ajar bukak butang baju, ajar beradab, ajar hormat, ajar tentang kehidupan. Jangan pernah pandang hina dekat cikgu tadika ✨ . Lagi sekali, eventho aku adalah pemegang sijil degree even cemerlang, aku takkan pernah malu. Aku bangga bila anak murid aku faham apa aku ajar, dan amalkan apa aku ajar. Paling penting, its blessed when they said that “they love you” eventho kami takde pertalian dar...

RAMAI PILIH UNTUK BALAS DENDAM: Terlupa Allah menghukum bukan kita ðŸŒļ

Betulkan? Kita selalu pilih untuk berdendam hanya semata-mata untuk kepuasan pada diri kita. Dendam ni bukannya kita bunuh dia je, tapi kita ada doa yang tak baik pada dia sedangkan kita nak hukum diri kita sendiri pun tak layak Tahu tak gaiss.. Kalau kita bertindak sama dgn apa yg dia buat, kita adalah sama sebijik dengan dia. Kalau kita cakap dia bodoh, dia kejam well kita pun kejam! Bodoh! Kita kejam dengan diri kita sendiri. Kita buat hati kita tak tenang. Bukan dia tapi KITA ðŸŒļ Facebook: Gerobok Muslim Instagram: gerobokmuslim.co “Orang yang solat bukan sebab dia baik, tapi sebab dia sedar dia adalah hamba Allah-Ustaz Ebit Lew

BISNES ASBAB KE SYURGA ALLAH-Fakta atau Auta semata-mata?

Zaman kini, tak kiralah orang tu asal Kelantan ke Terengganu ke Selangor ke Johor ke, eventho Sabah Sarawak ðŸĪ— Semua ambil peluang untuk berbisnes yelaa semua nak kena buat side income zaman sekarang. Sangat memerlukan back up! Lagi-lagi sekarang ni, kita diberi ujian dengan adanya Covid19 sejak bulan Mac lagi dan lebih kurang 2 bulan kita bercuti dan ramai yang tidak bernasib seperti kita. Muhasabah diri. Okay berbalik pada topik tadi ye. Jadikan bisnes kita asbab kita ke syurga Allah eh mcm mana tu? Letakkan Allah diatas bisnes anda ðŸĪ— Ubah niat anda kenapa nak bisnes? “Ya Allah aku mulakan bisnes ni keranaMu dan apa yang jual akan memberi manfaat dunia dan akhiratku”.. Cuba korang doa macam tu. Bisnes kita akan jadi akhirat kita 🙂 Dan apa yg kita jual akan dipersoal jua nanti, adakah manfaat atau memberi keburukan pada pelanggan kita 💊ðŸŧ Fikir sejenak dengan hati kita tau ✌ðŸŧ Apa-apa pun Gerobok Muslim baru nak beroperasi di facebook dan instagram tau ❤️ Macam-macam dia jual ✌ðŸŧ F...